Batu lain Batu_(ukuran)

  • Batu data digunakan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan radar, dan adalah sama dengan 6,000 kaki (1.8288 kilometer).
  • Batu Belanda (batu "Holland" ) adalah hampir sama dengan satu persembilan belas (1/19) bahagian darjah (kira-kira 5.8 kilometer).
  • Batu Belanda (batu "Netherland") adalah 1 kilometer tepat dalam Sistem Metrik Belanda, 1820-1870.
  • Batu Jerman adalah satu perlima belas bahagian darjah, iaitu lebih kurang empat batu nautika atau 6.4 kilometer.
  • Batu Ireland adalah sama dengan 2,240 ela (2,048.256 meter).
  • Batu Itali (kira-kira 1.5 kilometer) adalah seribu langkah, dengan setiap langkah merupakan 5 kaki Rom (kaki Rom adalah satu perlima inci lebih pendek berbanding kaki Inggeris).
  • Batu panjang yang digunakan secara tradisi oleh Norway, Sweden dan Hungary adalah hampir sama dengan satu setengah batu Jerman, atau kira-kira 11 kilometer. Kini di Norway dan Sweden, jarak sepanjang 10 kilometer amat biasa dirujuk sebagai satu batu atau batu metrik (sila lihat mil).
  • Istilah batu metrik digunakan dalam sukan olahraga dan geluncur laju untuk merujuk kepada jarak 1.5 kilometer.
  • Batu Poland hampir sama dengan batu Belanda.
  • Batu Scotland adalah sama dengan 1,976.5 ela (1,807.3116 meter).